Tuesday, November 19, 2013

Mesyuarat Khas Kelab PETANDA

Mesyuarat Khas Kelab PETANDA

Pada 14 November 2013,satu mesyuarat khas telah diadakan bagi melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baru memandangkan mantan pengerusi Encik Abdullah bin Che Hamad telah bertukar ke Pejabat Penghulu Taiping,manakala mantan timbalan pengerusi Cik Azlina bt Tarmizi telah bertukar ke UPEN Ipoh.Justeru satu pemilihan secara terbuka telah diadakan bagi melantik dua jawatan penting dalam Kelab PETANDA.Mesyuarat Khas ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Encik Firdaus Farid b. Abd Rashid.Setelah pemilihan dibuat dan mendapat undian majoriti jawatan Pengerusi telah disandang oleh Encik Firdaus Farid b. Abd Rashid,manakala Timbalan Pengerusi telah disandang oleh Penghulu Selama ENCIK MOHAMED REDZUAN BIN BAHARUDDIN.

No comments:

Post a Comment