Tuesday, November 19, 2013

Mesyuarat Khas Kelab PETANDA

Mesyuarat Khas Kelab PETANDA

Pada 14 November 2013,satu mesyuarat khas telah diadakan bagi melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baru memandangkan mantan pengerusi Encik Abdullah bin Che Hamad telah bertukar ke Pejabat Penghulu Taiping,manakala mantan timbalan pengerusi Cik Azlina bt Tarmizi telah bertukar ke UPEN Ipoh.Justeru satu pemilihan secara terbuka telah diadakan bagi melantik dua jawatan penting dalam Kelab PETANDA.Mesyuarat Khas ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Encik Firdaus Farid b. Abd Rashid.Setelah pemilihan dibuat dan mendapat undian majoriti jawatan Pengerusi telah disandang oleh Encik Firdaus Farid b. Abd Rashid,manakala Timbalan Pengerusi telah disandang oleh Penghulu Selama ENCIK MOHAMED REDZUAN BIN BAHARUDDIN.

Sunday, November 3, 2013

Majlis Persaraan,Pertukaran Pegawai/Kakitangan dan Pelajar Praktikal.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 1 November 2013,Pejabat Daerah dan Tanah Selama telah mengadakan Majlis Persaraan,Pertukaran Pegawai/Kakitangan  dan Pelajar Pratikal.Majlis ini bagi meraikan pegawai-pegawai yang bertukar,yang bersara dan juga pelajar praktikal yang tamat latihan pada hari tersebut.

sekitar majlis..