Sunday, September 29, 2013

Jamuan Hari Raya..dan Majlis Pertukaran Kakitangan


Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..

Pada 6 September 2013,Pejabat Daerah dan Tanah Selama telah mengadakan Jamuan Hari Raya dan Majlis meraikan pertukaran Pegawai dan kakitangan.Majlis itu disusuli dengan ucapan dari bekas Penolong Pegawai Daerah Selama Tn.Hj Mohammad Yusoff bin Abustan..Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pelajar PDK Selama dan anak-anak kakitangan PDT Selama.KPPD telah menyampaikan duit  raya kepada Pelajar PDK dan anak-anak kakitangan PDT Selama...

sekitar majlis tersebut..
















Wednesday, September 18, 2013

Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan yg ke-56 bagi Tahun 2013

Pada 14 September 2013,Pebarisan Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Peringkat Daerah Larut,Matang dan Selama bagi Tahun 2013 telah diadakan di Padang Esplanade,Majlis Pembandaran Taiping.Perbarisan ini dianggotai oleh kontijen-kontijen dari Pejabat Daerah dan Tanah Selama,Pejabat Daerah Larut,Matang dan Selama,JPJ,PDRM,JPAM,ATM,CCRC,PBSM,PENGAKAP.KADET BERSATU LAUT dan ramai lagi.Acara ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pakaian dan kawad.Bagi kategoti kawad dimenangi oleh JPJ,seterusnya JPAM dan ketiga dimenangi oleh CCRC Batu Kurau,manakala kategori baju dimenangi oleh JPS,seterusnya Pejabat Daerah dan Tanah Selama dan ketiga dimenangi oleh JKR Taiping.Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan dari orang ramai.






p/s : sesiapa yang nak gambar time kawad ni boleh dapatkan softcopy kt admin :)